KENYATAAN PRESIDEN JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM) BERHUBUNG PERMINTAAN MAAF DARIPADA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN, LIEW CHIN TONG

Posted on Posted in Berita Semasa

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong telah mengugut untuk menyaman saya, sekiranya saya tidak membuat permohonan maaf terhadap posting ketika beliau ( Liew) memakai pakaian seragam ala- komunis di dalam satu acara rasmi kementerian.

 

Tindakan Senator Liew Chin Tong yang juga merupakan Pengerusi DAP Johor untuk menyaman saya di atas perkara tersebut (seperti diatas) telah menarik perhatian saya. Saya sekali lagi dengan jelas tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka itu sekiranya pihak DAP tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam serta orang Melayu di Negara ini atas kenyataan   yang bersikap kurang ajar dan berbaur anti Melayu Islam serta cemuhan yang telah dilakukan oleh pimpinan DAP sebelum ini seperti berikut :

 

  1. Nga Kor Ming ada menyatakan perkataan PUKIMAK kepada orang Melayu.
  2. RSN Rayer pula sewaktu menjadi Adun Seri Delima telah mengeluarkan perkataan Melayu Celaka dan beberapa lagi perkataan kesat.
  3. Hew Kuan Yau telah mengeluarkan ayat memaki umat Islam dengan carutan “SOHAI”.
  4. Anthony Loke pula menyatakan bahawa yang memakan babi sebenarnya adalah orang Melayu di dalam ucapannya pada tahun 2016.
  5. Teresa Kok di dalam video sambutan Tahun Baru Cina enggan membuat permohonan maaf setelah dengan sengaja mengeluarkan ayat “Malay Sie” yang bermaksud Melayu Mati.

 

Parti DAP sebagai dilihat sebagai parti rasis dan cauvinis selama ini telah menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan biadap serta celupar apabila pemimpin DAP sendiri yang dilihat terus memperlekehkan Islam dan orang Melayu.

Langkah yang pertama yang harus dilakukan oleh mereka ialah membuat permohonan maaf terlebih dahulu terhadap rakyat Malaysia yang beragama Islam dan orang Melayu, kerana jelas merekalah yang memulakan penghinaan terhadap Melayu dan Islam dan saya juga akan membuat perkara yang sama selepas mereka (pemimpin DAP yang disebut) membuat permohonan maaf secara terbuka terlebih dahulu. Saya juga tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan khususnya daripada pimpinan parti DAP ini dan saya menyeru orang Islam dan Melayu juga harus sedar dan perlu berani untuk bangkit serta menuntut permohonan maaf secara terbukadaripada pimpinan DAP ini.

 

Selaku pemerintah melalui parti DAP, mereka harus menunjukkan sikap menghormati orang Melayu dan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

 

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH

Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)
merangkap
Penasihat
GAGASAN TIGA MALAYSIA ( G3)
12hb NOVEMBER 2018

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ATAU TUN MAHATHIR MOHAMAD

Posted on Posted in Berita Semasa

1. Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Port Dickson adalah merupakan akses kepada beliau sebagai persediaan menjadi Perdana Menteri. Ini juga merupakan satu petanda awal bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan segera oleh rakyat sebagai Perdana Menteri. Rakyat sangat mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melakukan perubahan kuasa tanpa harus menunggu 2 tahun lagi. Pada ketika ini rakyat menanam harapan yang amat tinggi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau sememangnya menentang nepotisme serta kronisme sejak dari dahulu lagi dan menentang rasuah ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu.

2. Apa yang rakyat mahu adalah konsistensi daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak rasuah dan nepotisme yang telah kembali semula di bawah telunjuk Tun Mahathir. Rintihan rakyat pada saat ini, supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera dilantik sebagai Perdana Menteri bagi membina semula Negara yang dilihat gagal dari segi ekonomi yang semakin runcing. Tekanan yang dirasai oleh rakyat pada masa kini serta berlakunya pelbagai perubahan serta tindak tanduk kerajaan Tun Mahathir yang dilihat kembali dengan era pemerintahan yang dahulu, zalim kepada rakyat serta mengamalkan nepotisme serta kronisme yang amat tebal di dalam diri Tun Mahathir.

3. Ini adalah harapan daripada setiap rakyat untuk merealisasikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sepertimana yang telah dijanjikan dan rakyat tidak akan teragak-agak untuk menolak kembali Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau menolak lantikan jawatan Perdana Menteri jika ada tekanan daripada Tun Mahathir ataupun desakan daripada pelbagai pihak. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak harus menjadikan rakyat sebagai kuda tunggangan untuk mencapai kemenangan menjadi Perdana Menteri tetapi asas perjuangan sebenar semakin dilupai setelah menjadi pemerintah dan harus mempunyai pendirian dan berani bersuara tentang beberapa perkara yang berlaku terutamanya pemberian projek besar kepada sekutu Tun Mahathir semasa tidak sampai 100 hari pemerintahan kerajaan Malaysia Baru.

4. Rakyat amat bersetuju dengan pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang akan menentang kezaliman serta kronisme dan nepotisme. Sudah tiba masanya perubahan dilakukan tanpa harus menunggu 2 tahun lagi. Tempoh 2 tahun yang diberikan oleh Tun Mahathir untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan janji-janji manis Tun Mahathir, sebaliknya di dalam tempoh masa 2 tahun ini, Tun Mahahir serta Tun Daim Zainuddin sedang mempersiapkan sesuatu rancangan yang jahat untuk memperdaya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemungkinan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim akan “dibunuh” dengan rancangan jahat Tun Daim Zainuddin dan sejarah akan berulang kembali bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri sebaliknya mereka mahu mengangkat Datuk Seri Azmin Ali sebagai pengganti Perdana Menteri dan dalam masa yang sama dapat menjaga “kantung” masing-masing dan menjaga kepentingan kekayaan kepada anak-anak mereka.

5. Kriteria yang sedia ada pada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sokongan serta komitmen daripada kalangan Ahli Parlimen akan menentukan kuasa rakyat tanpa menunggu 2 tahun dan rakyat mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Tun Mahathir. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai kelebihan di dalam hubungan diplomatik antara Negara luar dan bukannya kegagalan Tun Mahathir yang cuba mengelak janji kepada rakyat. Rakyat bertanya adakah Tun Mahathir sudah bersih daripada rasuah serta kronisme. Janji-janji yang ditaburkan kepada rakyat sudah mula dimungkiri malahan Tun Mahathir telah mewujudkan keretakkan kepada hubungan antarabangsa dengan Negara China serta Arab Saudi.

6. Rakyat tidak mahu korupsi, kronisme dan salah guna kuasa serta sikap diktator seorang Perdana Menteri, kesimpulannya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan rakyat dan mampu memberi pandangan yang lebih baik dan berkemampuan untuk memulihkan hubungan luar dan juga diperlukan oleh rakyat untuk menggantikan Tun Mahathir.

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)
16 OKTOBER 2018