PENYERAHAN LAPORAN KES SALAH GUNA KUASA TUN MAHATHIR MOHAMAD

Posted on Posted in Berita Semasa

 

 

 

 

 

 

 

JMM dengan diketuai oleh Presiden, Dato’ Azwanddin Hamzah pada hari ini 24 Mei 2018 telah hadir di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan disertai dan mendapat sokongan dari pelbagai NGO bagi menyerahkan laporan serta maklumat berkenaan salah guna kuasa Tun Mahathir Mohamad.  Turut sama memberikan sokongan ialah Datuk Lukman Noor Adam.

 

“Kita harap dengan Ketua Pesuruhjaya yang baharu, SPRM membuka kembali kes yang pernah dilaporkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa lagi terhadap Mahathir,” kata beliau. Siasatan perlu dibuat secara telus tanpa mengira apa sahaja jawatan dan pangkat.  Dato’ Azwanddin juga turut menyatakan,  “JMM mahukan SPRM lebih bebas daripada sebarang pengaruh politik dan tekanan daripada mana-mana pihak,”.

Antara salah laku yang disenaraikan didalam laporan tersebut adalah pemilikan hampir 100 keping wang kertas RM500 dan RM1,000, skandal Perwaja Steel dan kekayaan luar biasa anak Mahathir.  Antara lain yang disenaraikan dalam laporan tersebut juga ialah Tun Mahathir menggunakan Danamodal untuk menutup kerugian syarikat kroni, aset hiliran Esso Malaysia dan salah guna kuasa sebagai Penasihat Petronas.

Turut tersenarai, skandal Bumiputra Finance, spekulator forex terbesar oleh Bank Negara, kegunaan wang kerajaan untuk melobi, pembelian MAS dengan harga luar jangkaan, siasatan RCI terhadap kerugian RM31.5 bilion Bank Negara serta bailout syarikat perkapalan Konsortium Perkapalan Berhad.