Majlis Perasmian ‘SETOR GOMBAK’

Posted on Posted in Berita Negeri, Berita Semasa

3 Mac 2018, GOMBAK – Dato Azwanddin Hamzah, Presiden JMM telah merasmikan pembukaan pusat perniagaan uptown “SETOR GOMBAK” yang berkonsepkan hipster. Pusat perniagaan yang diusahakan oleh golongan anak-anak muda Gombak ini telah mula beroperasi secara rasminya pada hari ini 3 Mac 2018 bertempat di hadapan Pasar Besar Gombak. Waktu operasi “SETOR GOMBAK” bermula dari jam 12 tengahri sehingga 4 pagi setiap hari.


“SETOR GOMBAK” menyediakan ruang-ruang perniagaan untuk pengusaha makanan baik secara sewaan tapak didalam gudang maupun ruangan untuk pengusaha food truck. Selain dari itu sebanyak hampir 200 tapak perniagaan disediakan untuk ruangan jualan uptown. Bagi memastikan “SETOR GOMBAK” akan mendapat perhatian dari semua golongan bukan sahaja dari sekitar Gombak, satu ruang/gudang yang telah diubaisuai dijadikan sebagai Dewan Majlis yang boleh disewa untuk kegunaan sebarang majlis keramaian dengan tawaran harga yang berpatutan.
Segala usaha serta kreativiti yang ditunjukkan oleh kumpulan anak-anak muda ini perlu diberikan sokongan kerana ia bukan sahaja memberikan aktiviti sosial yang berfaedah kepada kelompok yang terlibat malahan untuk golongan muda dari kawasan setempat dan sekitarnya, ini merupakan satu lonjakan pembangunan ekonomi yang perlu diangkat supaya kelompok anak-anak muda ini akan lebih berjaya dan bersemangat didalam meningkatkan inovasi mereka.