Majlis Perasmian Restoran Nelayan Ampang

Posted on Posted in Berita Negeri, Berita Semasa

3 Mac 2018, AMPANG – Dato Azwanddin Hamzah, Presiden JMM sekali lagi telah dijemput dan diberikan penghormatan untuk merasmikan pembukaan Restoran Nelayan Ampang yang terletak di Ampang Water Front. Didalam
majlis yang ringkas dan meriah itu juga Dato Azwanddin turut memberikan sokongan penuh kepada pemilik Restoran Nelayan, En. Fariz didalam usaha untuk memperkenalkan lagi Restoran Nelayan Ampang ini bukan sahaja kepada penduduk di sekitar Ampang.

Majlis yang turut dihadiri oleh media serta blogger-blogger yang dijemput khas untuk membantu dari segi promosi Restoran ini mendapat sambutan serta komen yang amat baik dari semua yang hadir.