Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Pemantau Malaysia Baru

Posted on Posted in Berita Semasa

 

 

29 Mei 2018 – Satu majlis berbuka puasa serta pelancaran gerakan Pemantau Malaysia Baru (PMB) telahdiadakan di  Bandar Puncak Alam, Selangor.

Pemantau Malaysia Baru mula digerakkan pada 30 Mei 2018 di Putrajaya, yangmana tujuannya adalah untuk memantau dan melihat 100 Hari Janji-Janji Pakatan Harapan, memperjuangkan isu-isu Melayu dan Islam serta isu rakyat di bawah pentadbiran PH.  Majlis yang dihadiri oleh seramai hampir 200 orang (diluar jangkaan) pada hari tersebut di lihat mendapat respon yang sangat baik dari pelbagai pihak yang ingin menyuarakan pendapat serta luahan masing-masing terhadap prestasi pentadbiran serta penunaian janji-janji PH yang telah di laungkan semasa kempen PRU 14 yang lalu dan juga telah termaktub didalam manifesto PH.