KENAPA JAKIM DIMUSUHI

Posted on Posted in Berita Semasa

05 Jun 2018

Tidak hairanlah bahawa pada hari ini, Tun Mahathir Mohamad berhasrat untuk memansuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peranan JAKIM adalah merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab di dalam isu hal ehwal Islam serta menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam di Negara ini.

Beberapa kenyataan terbuka tentang Islam telah dibuat oleh penyokong Pakatan Harapan sejak kebelakangan ini. Marina Mahathir dengan lantang telah memperkatakan bahawa status negara Islam di Malaysia adalah amat menyukarkan. Syed Saddiq pula menyokong gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) termasuk juga Ambiga bekas pemimpin Bersih, juga antara penggerak dan mendokong kegiatan LGBT di Negara ini. Noor Farida Ariffin, daripada kumpulan G25 jelas menentang hukuman terhadap perbuatan khalwat. Siti Kassim pula dengan isu arak serta sekolah tahfiz telah juga memainkan peranan dalam usaha membubarkan JAKIM. Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah juga memilih untuk bersuara bahawa orang Melayu bebas memilih agama selepas berumur 16 tahun di bawah faktor kebebasan beragama.begitu juga dengan menteri pendidikan baru yang baru dilantik untuk menjaga anak anak kita di sekolah secara terang terang dr mazli yang jelas bayak bertentangan dengan agama islam

JAKIM telah diserang oleh kumpulan ini, dan apa yang mereka lakukan kesemuanya bertentangan dengan ajaran Islam dan itulah penyebabnya kumpulan ini merasa sangat terancam. JAKIM dilihat sebagai penghalang kepada mereka untuk menjalankan agenda mereka. Pihak JAKIM boleh mendakwa mereka jika mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan agama, hanya dengan membubarkan JAKIM sahajalah maka dapatlah mereka terus menjalankan agenda mereka tanpa disekat oleh mana mana pihak.
Mereka meletakkan kepentingan hanya untuk memperjuangankan hak asasi mereka daripada kepentingan agama Islam. Dengan adanya kebebasan ini, mereka boleh memutarbelitkan agama dan ini merupakan salah satu daripada pengkhianatan kepada agama Islam di negara ini. Kebebasan mereka ini akan mencabar agama Islam.

Hari ini telah terbukti, setelah Pakatan Harapan menang, Tun Mahathir telah bersetuju untuk membubarkan JAKIM kerana inilah juga agenda Pakatan Harapan. Umat Islam di Malaysia harus bangkit dan sedar bahawa Islam sedang diserang oleh Pakatan Harapan dan jika terhapusnya JAKIM maka kumpulan ini akan terus bermaharajalela tanpa ada sebarang undang-undang untuk mendakwa mereka.

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
PRESIDEN
JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)