DITAKTOR DAN MAHA ZALIM SUDAH KEMBALI DAN AMALAN KRONISMA DAN NEPOTISMA SUDAH BERULANG

Posted on Posted in Berita Semasa

18 Jun 2018         Hebat ! Tun Daim Zainuddin didakwa memanggil Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin supaya menghadiri satu pertemuan, di mana beliau mendesak mereka meletak jawatan. Persoalannya, apakah jawatan beliau dalam negara sehinggakan boleh mengarah untuk mereka ini letak jawatan dan sudah pasti ini sudah mula ada pencaturan untuk kepentingan diri sendiri.

Dr. Mahathir berkata: “Mereka (CEP) membayangkan kepada kedua-dua hakim itu bahawa adalah baik sekiranya mereka meletak jawatan, jika tidak, kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan untuk menyingkirkan mereka sebab kami percaya perlanjutan tempoh mereka memegang jawatan sebagai hakim kanan adalah tidak betul.”

Ini menunjukan zaman ditaktor sudah mula kembali seperti di zaman pemerintahan beliau 22 tahun yang lalu dengan senang-senang memecat Ketua Hakim Negara seperi Tun Saleh Abas dan penjarakan sesiapa sahaja yang cuba menegur dan mengkritik beliau dan mengunakan ISA dengan zalim.

Saya yakin sejarah akan berulang di bawah Tun Mahathir pemimpin yang pernah dilabelkan sebagai pemimpin zalim dan mengamalkan kronisma dan nepotisma untuk kepentingan keluarga dan kepentingan beliau untuk terus berkuasa.

Bantahan dari Majlis Peguam dan peguam terkemuka yang lain berpendapat perlanjutan seperti itu tiada kewajaran, ia tidak pernah dilakukan sebelum ini. Kami telah memberi kepada hakim sehingga berumur 65 tahun untuk berkhidmat sebagai hakim, tetapi melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka bermakna menafikan hakim lain peluang untuk mereka yang lain yg sudah lama berkhidmat selama ini dengan penuh jujur dan amanah.

DATO AZWANDDIN HAMZAH
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia