Program Jati Diri Akademi Bolasepak Jaringan Melayu Malaysia

Posted on Posted in Berita Negeri, Berita Semasa, Berita Sukan

 

 

 

Didalam kesibukan JMM memperhebatkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pembangunan bolasepak untuk anak-anak yang terlibat didalam Akademi Bolasepak JMM tidak diabaikan. Sehubungan dengan itu satu Program Jati Diri bagi pelatih-pelatih Akademi Bolasepak Jaringan Melayu Malaysia yang berlangsung selama 2 hari (24-25 Mac 2018) di Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi telah diadakan. Pertemuan bersama ibubapa pelatih juga turut diadakan sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi Liga 1MCC Bawah 16 tahun yang akan bermula pada awal April. Turut sama mengimarahkn lagi program adalah Presiden JMM, Dato Azwanddin Hamzah

.