ANWAR IBRAHIM PERLU SEGERA MENJADI PERDANA MENTERI, NEGARA AKAN MUFLIS DI BAWAH TUN MAHATHIR

Posted on Posted in Berita Semasa

1.  Pemergian Tun Mahathir ke luar negara bagi menarik pelabur dan sokongan dari Negara luar khususnya perkara berkaitan dengan suntikan ekonomi telah menemui kegagalan dan jalan buntu. Dengan kelemahan ekonomi dan susuran yang lemah yang ada pada masa ini amat merisaukan rakyat. Malaysia antara Negara rantau ini yang ekonominya dijangka berkembang lebih perlahan selain didorong oleh prospek perdagangan dan eksport yang lembap ini adalah kerana hilangnya kepercayaan pemimpin luar Negara terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir.

2.  Ianya turut diakui oleh Tun Daim sebelum ini dan kini kerajaan sedang mencari-cari suntikan untuk menstabilkan ekonomi Negara. Kerajaan dilihat tidak mempunyai alternatif dana yang lain yang boleh membantu rakyat disebaliknya kini kerajaan terpaksa menjual aset dan mewujudkan cukai baru kepada rakyat bagi menampung kegagalan ekonomi negara. Ianya perlu diatasi secepat mungkin bagi mengelakkan kuncupan ekonomi yang paling dahsyat di dalam sejarah negara.

3.  Ekonomi perlu dipulihkan dengan segera dan perlu diatasi sebijak mungkin. Tun Mahathir mulai tidak dipercayai oleh kuasa kuasa besar seperti Negara China, Jepun , Amerika Syarikat serta United Kingdom yang tidak mampu membantu Malaysia pada masa ini, musuh dan sikap bongkak  yang diwujudkan oleh Tun Mahathir dengan Negara pemain ekonomi ini melihatkan bahawa Tun Mahathir kini telah hilang sentuhan “Magik” beliau kerana  sudah lama meninggalkan dunia politik merupakan penyebab kegagalan menarik sokongan ekonomi dari Negara luar. Pembatalan projek ECRL dan Gamuda adalah lain lain punca negara luar serta pelabur asing hilang kepercayaan kepada Negara.

4.  Rakyat amat yakin dan optimis bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu membuat perubahan dan menjadi Negara ini sebagai satu kuasa ekonomi baharu di rantau ini. Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dengan segera akan memberi ruang kepada beliau untuk melonjakkan kembali ekonomi Negara ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini boleh membina semula Negara dan ekonomi dengan peranan beliau serta kelayakan yang ada pada beliau optimis ekonomi Negara kembali pulih.

5.  Jika kita melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau begitu terkenal di luar negara terutama di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Turki dan  mempunyai hubungan yang sangat baik dengan  Indonesia serta disenangi di Amerika Syarikat  Atas faktor tambahan ini beliau mampu melakukan lonjakan semula ekonomi Negara.

6. Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu melakukan reform dan menjalinkan hubungan yang erat semula dan mampu menarik sokongan serta memperkukuhkan dagangan ekonomi dengan cara beliau tersendiri yang telah terbukti ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu.

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
PRESIDEN
JARINGAN MELAYU MALAYSIA  (JMM)