ANEH ATAU CUBA BAGI KRONI MELALUI NEGARA JEPUN

Posted on Posted in Berita Semasa

16 Jun 2018     ANEH… Ketika banyak negara membangun lebih selesa dengan mata wang yuan dari China yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat (AS), lain pula Malaysia!

Baru-baru ini media antarabangsa gempar apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed terpaksa ‘mengemis’ di Jepun untuk memohon pinjaman dalam mata wang yen konon hanya bagi menyelesaikan hutang negaranya sendiri.  Beliau memberi dalih konon kerajaan Jepun boleh diajak berbincang untuk kadar faedah rendah, sekali gus mengulangi era zaman beliau berhutang dengan negara itu ketika menjadi perdana menteri
keempat selama 22 tahun.

Hairan, tindakan pelik Mahathir berbuat demikian sehingga jadi bahan jenaka media di dunia.

Untuk rekod, dari segi perbandingan kedudukan hutang kerajaan, Malaysia setakat ini hanya menanggung hutang sebanyak RM686 bilion dan ia jauh bezanya berbanding Jepun pula yang berhutang mencecah lebih RM37 trilion.  Ujarnya, apa agak janggal adalah kerana hampir semua hutang kerajaan Malaysia selama ini adalah dalam bentuk ringgit dan hanya dua peratus daripada RM700 bilion hutang kerajaan itu dalam mata wang asing termasuk yen.

Kedua, risiko untuk negara muflis lebih tinggi apabila Malaysia pinjam dalam mata wang asing seperti yen kerana terdedah kepada naik turun kadar tukaran mata wang antara ringgit-yen dan juga perubahan kadar faedah di Jepun.

Mungkin ada agenda yang lebih kepada kepentingan peribadi atau sedang melakukan kepentingan kroni kerana tidak masuk akal dan apakah ini adalah sekali lagi rakyat akan ditipu kerana amalan kronisma dan nepotisma biasa dalam pemerintahan Tun M.

Dato’ Azwanddin Hamzah
Presiden
Jaringan Melayu  Malaysia