Ini negara siapa yang punya??

Posted on Posted in Berita Semasa

Malaysia sudah jadi hak milik anak beranak tun mahathir duit dan harta negara dijadikan duit dan harta mereka.

Seorang lagi anak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Mirzan menggemparkan tanah air apabila berjaya dapat tender bekal minyak petrol untuk semua kenderaan kerajaan Malaysia.dan di jankakan nilai berbilion ringgit sedangkan semua pemain pemain industri atau beberapa syarikat pembekal lain menjadi tekejut tanpa ada sebarang pengumuman untuk diberi peluang pihak lain memasuki tender dan bersaing dengan cara sehat.

Berdasarkan memo khas itu yang ditandatangani Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Ahmad Suhaimi Endut, asalnya dikirim kepada Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Fuel International Sdn. Bhd., Faridah Ali. Dan saya yakin sudah pasti ada penglibatan Tun Mahathir dan salah guna kuasa hinggakan boleh menolak syarikat negara seperti petronas di jadikan anak tiri bukan kah ini satu pengkhianatan pada negara.

Mirzan mempunyai saham terbesar dalam firma minyak dan gas utama di Filipina sejak 2011 yang turut memiliki kepentingan menerusi syarikat arak terkemuka berpusat di negara majoriti Kristian itu, San Miguel Corporation.Ia kemudian mengambil alih pengurusan lebih 600 stesen minyak jenama Esso dan Mobil pada 2013, sekali gus jadi pesaing terkuat kepada syarikat minyak dan gas milik penuh kerajaan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Ini bukti Mahathir cuba beri kekayaan segera kepada anaknya dan tidak kenang jasa Petronas baru sahaja serah dividen RM24 bilion kepada kerajaan untuk tahun ini.

Walhal sebelum ini, Mahathir ‘hina’ penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang miskin sebagai malas kerja akibat terlalu dimanjakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Tun Mahathir juga sering menunding jari pada pemimpin barisan nasioanal sebelum ini merompak dan mencuri harta negara dan hari ini beliau lah pemimpin yang sedang merompak harta dan kekayaaan negara dengan memberikan kontrak tanpa ada tender kepada anak-anak beliau dengan hanya mengunakan kedudukan beliau sebagai perdana menteri.Sebelum ini kereta kereta kerajaan mengunakan minyak petronas untuk memberi sokongan kepada syarikat malaysia dan memberi sokongan kepada produk tempatan

Sekarang, semua kenderaan kerajaan kena guna minyak syarikat anak Perdana Menteri, Petron. Hari ni rakyat telan bulat-bulat tohmahan negara konon muflis akibat dirompak dan rasuah berleluasa ketika era BN dahulu.

“Apa pihak SPRM buat apabila Opcom dapat tender TM 11bilion tiga hari lepas Mahathir jadi PM? Ni seorang lagi anak Mahathir dapat tutup mata juga atau buat buat tutup mata.”

Dimana SPRM yang hari ini kita nampak berdiam diri dan tidak hairan lah hari ini kita sudah jelas nampak SPRM adalah alat dan kuda pada tun mahathir dan keluarga untuk menjaga kepentingan keluarga tun dan membunuh musuh politik beliau yang akan menentang beliau tidak hairan lah DAP kes lim guan Eng juga berdiam.

Yang lebih hairan dimana Anwar Ibrahim, Nurul Izzah atau Rafizi Ramli sebelum ini begitu lantang tegur Mahathir dan bela nasib rakyat. Apakah mereka mereka sudah terima dedak dari Tun Mahathir juga sehinga kan membisu tidak berbunyi walau pun secara terang mereka ini nampak pengunaan kuasa dan juga rasuah berlaku.

Jujur & Amanah Satu Perjuangan

Dato’Azwanddin Hamzah
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia(JMM)